Kata orang, bertunang ni banyak dugaannya. Betul ke?
Kata orang lagi, bertunang ni perlu banyak bersabar. Perlu ke?
Dugaan. Sejak dari mula berkenalmu aku diduga. Memilih antara kawan dan kekasih. Antara suka dan selesa. Katamu kawan bisa aku cari dimana mana. Lantas, aku menurutmu dan meninggalkan temanku.
Kemudian, aku diduga lagi. Kau pergi. Aku sendiri. Kau bersama dia lagi. Kembali. Kau memanggilku biarpun dia kau dampingi.
Setelah kau berpatah hati, kau berpaling padaku menduga lagi. Katamu ingin mencuba lagi. Ku peluk kau kembali.
Mencakar hati, kau duga lagi. Kau ku kejar namun sepi.
Aku sendiri.
Belum sempat ku melangkah, kau kembali memohon dalam pasrah.
Aku mendesah. Kerna payah untuk aku pangkah.
Kau asak. Aku pasak.
Kau sesah. Aku lelah.
Kau tikam. Aku pejam.
Kau tanam. Aku pendam.
Dugaan. Dugaan.
Kau mahu intan. Aku hanya pasiran.
Kecilnya harapan. Kau patahkan.
Kau mau ratu. Aku hanya abu.
Tajamnya paku. Terpacak kemas di kalbu.
Aku berkeras. Kau lagi keras.
Aku berlembut. Kau tundukkan aku ke rumput.
Jalannya yang cerah. Aku kau punah.
Apa yang tinggal, hanya sesal.
Apa yang ada, cuma tiada.
Aku putus asa.
Tunangan? Apa kau aku tunangan?
Andai aku kau tunangkan, taburlah ihsan untuk kau jadi sanjungan.
Andai aku kau tunangkan, jagalah badan untuk kau ku belaikan.
Andai aku kau tunangkan, letaklah dirimu dalam kawalan.
Andai aku kau tunangkan, janjilah kau aku bersimpan.
Andai aku kau tunangkan, letaklah aku dalam perhatian.
Andai aku kau tunangkan, simpanlah nafsumu dalam kurungan.
Andai aku kau tunangkan, taruh harapan untuk aku kau nikahkan.
Love may take long, but always brings a place of belonging. Be patient, cherish the path. No rush; for heart will know it's home. Learn believing in perfect moment, unveil all pain found in waiting has its magnificent, wonderful purpose. In time, step into love for right reasons with right person. Time comes, love earned is worth the wait, tears & pain. As if it's never waited.
Actng Mets
- missnoperfect
- KL+UPM, Silver State., Malaysia
- This is like my electronic diary. I write what I feel. I write when I'm sad, angry, upset. I whine, I mourn, I curse, I cry here. If you don't like it, or you just want to know how pathetic my life is and use it against me, DON'T read.
No comments:
Post a Comment