Kau marah, aku tinggalkan kau. Kau tau KENAPA aku tinggalkan kau? Kau ada fikir?
Kata kau, aku terlalu sensitif. Kata kau, aku complicated. Kata kau, aku tak fahami kau.
Kata kau, dia lebih fahami kau.
Aku mau tanya kau. Aku mau tau, sejauhmana kau fahami aku?
Sejauhmana kau tau apa yang ada dalam hati aku?
Kau tau apa warna yang aku suka?
Kau tau apa bunga yang aku suka?
Kau tau apa makan & minum yang aku suka?
Kau tau apa baju yang paling aku suka?
Kau tau bila aku marah?
Kau tau bila aku sedih?
Kau tau bila aku suka?
Aku tak suka perhubungan kau bersama temanmu. Ada kau fikir kenapa? Tidak. Kau hanya menuduh. Kata kau aku terlalu sensitif, kata kau aku keterlaluan ego. Takkah kau nampak persahabatan kalian melebihi batasan sebenar2nya hubungan sahabat?
Pernahkan kau sekalipun meletak dirimu ditempat aku? Coba merasa apa yang aku rasa? Tingkahmu dengan dia, guraumu yang keterlaluan dengan dia, bila dia bermanja denganmu melebihi aku sendiri! Kau malah meletakkan dia dulu, berbanding aku! Ada kau fikir?
Aku tau, tak pernah sekali pun terlintas di fikiran kau, yang aku luka, aku kecewa melihat perhubungan kau berdua. Justeru, dari aku luka & menangis dari perbuatanmu, lebih baik aku merindumu dari jauh. Karena itu yang lebih baik. Kau tak pernah hargai aku. Pengorbanan aku. Usaha aku. Di kepala kau cuma ada dia. Semuanya dia. Yang fahami kau, dia. Yang mengerti kau, dia. Kau tak pernah fikir bila kau ambil segala kesempatan yang ada atas aku. Mungkin bagi kau, aku hanya hamba, yang boleh kau suruh2 buat apa saja, pergi kemana saja. Sia2 segala kasih sayang yang aku curahkan untuk kau! Sikitpun kau tak pernah peduli! Yang kau mau pengkid, pengkid, pengkid!!!
Kau bunuh aku! Kau bunuh segala kegembiraan yang aku ada bila dia bersama!
Apa kau fikir kebahagiaan aku, kau boleh beli dengan harta? Dengan duit? Segala material yang kau beri pada aku, tak punya apa2 makna, bila kasih sayang, cinta, hati kau bukan untuk aku sepenuhnya!
Jangan kau fikir semua perempuan kau boleh beli dengan duit. Mungin dulu kau boleh buat, dengan bekas tunang kau, sekarang dengan pengkid laknat yang kau sayang2. Kau buta untuk melihat betapa dia mengambil setiap kesempatan yang ada atasmu. Tapi bukan aku. Aku tak pernah ingin duit kau. Aku bukan perempuan murahan yang kau boleh beli hatinya dengan duit ringgit!
Kini, kata kau dia yang paling memahami.
Apa dia tau warna kesukaan kau?
Apa dia tau passion kau?
Apa dia tau keinginan kau untuk masa depan?
Apa dia tau rahsia hitam kau?
Apa dia tau segala masalah & kekusutan kau?
Apa dia ingin mendengar kau bercerita tentang perkara kesukaanmu?
Buka mata kau, buka hati kau, sayang.
Katamu aku terlalu cemburu. Sudah tentu! Bila kau sentuh dia, bila kau bergurau keterlaluan dengannya, bila dia bermanja denganmu. Padamu, itu biasa. Tapi bukan untuk aku! Dia perempuan, aku juga perempuan! Aku tau bagaimana perempuan bermanja bila dia taruhkan perasaan untuk seseorang. Juga bila perempuan mempergunakan lelaki. Namun kau tetap cari dia, tak henti2 kau cari dia. Apa dia itu kekasih kau? Cinta kau? Fikirlah sayang, kau lelaki dewasa.
Fikirku, kau sedar akan silapmu bila aku menjauh. Tapi kau pergi lagi jauh! Dari itu, aku tau kau tak pernah menyayangi aku sepenuh hati kau. Aku sakit, sayang. Aku menahan sakit berdepan sikapmu yang selalu membunuh hatiku. Aku beri kau segalanya, segala apa yang aku ada. Segala kehendakmu kupenuhi. Tak sedikitpun aku nafi. Tapi, ya, aku pergi. Aku pergi tika aku masih terlalu menyayangimu.
Tapi kau tak pernah sekali pun peduli.
Dengan aku berpergian, aku tau kau lebih berbahagia bersama kawanmu yang kata kau baik dan memahamimu. Aku harap agar kau dapat mencari sendiri, hala tuju hidupmu. Aku tak mampu untuk membimbingmu. Aku juga tau kau tak ingin untuk aku membimbingmu menjadi manusia yang lebih baik. Aku tau, kau tak pernah menyenangi usahaku untuk menjadikan kau lelaki. Lelaki sejati. Kau lebih senang menjadi lelaki yang lancang mulutnya, yang tak tentu inginnya, yang hatinya tak tegak bertiang, yang tidak pernah berpertimbangan, yang murah diri dan hatinya senang sekali mencintai sesiapa.
Aku tak punya kuasa. Aku tak punya harta. Aku tak punya apa2. Namun aku punya hati yang sarat dengan rasa cinta. Tapi aku tak punya daya, andai bukan aku yang kau letak dalam hatimu.
Terima kasih, sayang. Aku bersyukur. Tingkahmu selama kita bersama, amarahmu, caci maki darimu, air mata yang mengalir untukmu. Segalanya membuatkan aku menjadi perempuan kuat. Aku tak ingin lagi mengalir air mata untuk lelaki sepertimu, yang tak punya rasa, yang tak punya hormat pada perempuan.
Pabila sampai masanya nanti, aku mau kau ingat. Aku tak pernah kehilanganmu, atau cinta dan kasih sayangmu. Kau. Kaulah yang kehilangan segala2nya. Bukan aku.
Biarlah aku sendiri menanggung sakitnya meninggalkanmu. Biar aku menangis sendiri, sebab aku tak ingin lagi menangis keranamu.
Fikirlah sayang, apa pantaskah kau untuk mendapatkan kekasih yang setia dan menepati rasamu andai sikapmu tak pernah berubah? Layakkah untuk kau dapatkan suri mithali andai kau tak mampu mengimamkan isteri sendiri?
Aku menyerah kalah.
Pergilah sayang.
Love may take long, but always brings a place of belonging. Be patient, cherish the path. No rush; for heart will know it's home. Learn believing in perfect moment, unveil all pain found in waiting has its magnificent, wonderful purpose. In time, step into love for right reasons with right person. Time comes, love earned is worth the wait, tears & pain. As if it's never waited.
Actng Mets
- missnoperfect
- KL+UPM, Silver State., Malaysia
- This is like my electronic diary. I write what I feel. I write when I'm sad, angry, upset. I whine, I mourn, I curse, I cry here. If you don't like it, or you just want to know how pathetic my life is and use it against me, DON'T read.
No comments:
Post a Comment