Biar aku mulakan entry kali ni dengan flow hubungan kita. Mula aku kenal kau, kau mau buat aku adik angkat. Dengan alasan; kau anak tunggal, tak punya adik. Aku terima. Kemudian kau tinggalkan tunang yang bersama kau selama 4 tahun macam tu je sebab kau mau buat aku milik kau. Aku cair dengan kata2 manis kau, aku terima. 3 bulan bersama, kau tinggalkan aku sebab kau mau bersama tunang kau balik. Kata kau, susah untuk kau lupakan dia. Aku pergi dengan hati luka. 3 bulan kemudian, setelah kau ditipu & diperbodohnya, sekali lagi kau ingin bersama aku. Memandangkan aku tak punya siapa2 pada waktu tu, aku terima kau semula. Selepas 5 bulan bersama, kau tinggalkan aku sekali lagi lepas kita bergaduh teruk. Aku pergi lagi dengan hati luka & rasa bersalah. Tak sampai sebulan lepas tu, setelah kau berbuat salah dengan aku, kau ingin mohon maaf & mau sekali lagi peluang dengan aku. Fikirku kau mungkin sudah berubah, apa salahnya aku maafkan kau, aku bagi kau 1 lagi peluang. Sekarang, baru lepas 4 bulan kita bersama, kau mula berpaling dari aku. Kau mula tak endahkan aku. Dan aku mula rasa yang tak lama nanti kau akan hancurkan hati aku lagi.
Walaupun dah beratus2 kali kau hancurkan hati aku.
Walaupun dah beratus2 kali kau hancurkan hati aku.
Aku ingat lagi, masa kau sibuk minta maaf, minta peluang lagi sekali untuk bina hubungan yang kau dah hancurkan. Bila aku tak nak, kau kata apa? Aku sorang je GF kau yang sampai ke kampung kau. Aku ikut kau balik kampung tolong majlis pengebumian arwah mak kau. Cakap manis kau. Tapi sekarang? Apa pun kau tak ingat. Yang kau tau, kau mau jaga sangat kawan kau tu. Hormatkan dia. Apa kau ada fikirkan aku? Ada?
Apa kau ada hormatkan aku?
Orang sekeliling caci, maki aku sebab aku terima kau balik. Semua orang kata aku bodoh sebab aku masih nak bagi peluang kat kau walaupun dah kali kedua kau buat perangai. Tapi takpa, aku cuba bagi kau pelung.. mana tau kau dah berubah. Aku percaya sejahat2 manusia, masih tetap ada sikit kebaikan dalam diri dia. Tapi kau? walaupun dah berapa kali aku bagi peluang, kau masih sama, tak pernah berubah malah makin teruk jadinya hubungan yang kau kata nak baiki.
Nak improve konon. Bullshit!!
Kata kau, aku tak pedulikan rumah, tak kemas, tak masak, tak jaga rumah. Ada kau fikir kenapa aku tak buat semua tu? Adakah terlintas di kepala kau yang aku kecewa, aku terluka dengan tindakan kau? Untuk apa aku jaga segalanya tentang kau, bila apa yang kau buat cuma layan aku macam tunggul? Sedangkan kau sibuk jagakan orang lain! Kata kau dia faham apa kau mau. Kata kau aku tak pernah faham dirimu. Katakan, bagaimana untuk aku fahami kau bila aku tak pernah dapat untuk gapai, untuk selami hati kau? Bila semua yang aku tanya kau biar berlalu macam tu ja? Segala kesalahan kau mau letakkan atas aku!
Apa kau ada hormatkan aku?
Orang sekeliling caci, maki aku sebab aku terima kau balik. Semua orang kata aku bodoh sebab aku masih nak bagi peluang kat kau walaupun dah kali kedua kau buat perangai. Tapi takpa, aku cuba bagi kau pelung.. mana tau kau dah berubah. Aku percaya sejahat2 manusia, masih tetap ada sikit kebaikan dalam diri dia. Tapi kau? walaupun dah berapa kali aku bagi peluang, kau masih sama, tak pernah berubah malah makin teruk jadinya hubungan yang kau kata nak baiki.
Nak improve konon. Bullshit!!
Kata kau, aku tak pedulikan rumah, tak kemas, tak masak, tak jaga rumah. Ada kau fikir kenapa aku tak buat semua tu? Adakah terlintas di kepala kau yang aku kecewa, aku terluka dengan tindakan kau? Untuk apa aku jaga segalanya tentang kau, bila apa yang kau buat cuma layan aku macam tunggul? Sedangkan kau sibuk jagakan orang lain! Kata kau dia faham apa kau mau. Kata kau aku tak pernah faham dirimu. Katakan, bagaimana untuk aku fahami kau bila aku tak pernah dapat untuk gapai, untuk selami hati kau? Bila semua yang aku tanya kau biar berlalu macam tu ja? Segala kesalahan kau mau letakkan atas aku!
Aku mau tanya kau, apa lagi yang aku tak bagi pada kau? Kain baju kau aku jaga. Makan kau aku cuba jaga. Hati kau aku elak daripada luka. Aku jaga bahasa bila aku bercakap dengan kau. Aku jaga air muka kau, maruah kau. Apa lagi yang kau mau dari aku? Apa lagi yang tak cukup? Kau mau perempuan yang macam mana? Perempuan yang ikut semua kata kau? Apa aku tak buat semua tu? Hah? Cermin diri kau! Bagitau aku, jenis perempuan mana yang kau nak? Perempuan alim? Perempuan bijak? Perempuan bagai ibu?
Bagitau aku!
Bagitau aku!
Walaupun cuma setahun lebih hubungan kita, aku rasa sepertinya aku tlah menderita berpuluh2 tahun! Aku sakit, sakit sangat dengan perangai kau. Nyata, segala apa yang kau janjikan, segala apa yang kau kata semua dusta. Semua tipu helah belaka. Segalanya untuk kepentingan diri kau. Apa sebenarnya aku pada kau? Mana janji2 kau? Mana cinta & sayang kau? Mana? Aku mau tau, mana perginya cinta kau yang pernah kau canang2kan dulu?
Aku sedar, aku bukan sempurna. Aku bukan yang terbaik. Aku sedar aku sangat beremosi, malas, kuat tidur. Tak cukup untuk kau. Tapi aku berusaha untuk kau, aku kerja keras untuk puaskan hati kau. Dan aku juga mau ingatkan kau, kau juga jauh dari sempurna! Tak sehebat mana! Kau mau aku katakan dimana tak sempurnanya kau? Kau selekeh! Kau pemalas! Kau pembaran tak tentu pasal! Kau ego, fikirkan kau hebat sedangkan kau tak punya apa2! Itu kau! Tak perlu kau nafikan, aku ngerti semua pasal kau! Kau bagitau aku, apa permintaan aku yang kau tunaikan? Kamera tu jangan kau berani sebut, sebab kau beli itu untuk kau, bukan untuk aku. Canang kau saja belikan untuk aku. Sedangkan pintaku nyalakan sebatang rokok pun payah, apa saja yang kau buat untuk aku? Hah? Kau bagi 1 benda yang aku tak buat untuk kau? Kau cakap apa yang aku tak bagi pada kau? Semua aku buat, semua aku bagi kat kau!
Takkan tak cukup lagi untuk kau?
Takkan tak cukup lagi untuk kau?
Dalam masa aku sakit hati, aku luka sebab perangai kau yang tak pernah peduli nak bagitau apa kau buat supaya aku tak risau, supaya aku tak resah fikirkan diri kau, ada kau ingat mau datang pujuk hati aku? Ada kau buat apa2 untuk sejukkan hati aku? Tak, kau pergi bersayang dengan ex kau, kau sibuk pergi jaga kawan kau. Tak ada sikitpun kau peduli pada aku. Aku ni apa? Kau bagitau aku, siapa aku ni, yang duduk rumah kau, yang jaga kau, yang makan hati sebab kau! Siapa aku?! Katakan aku tak memahami apa sebenarnya antara kau & dia? Apa kau pernah buatkan supaya aku faham keadaan sebenar? Apa kau ada jujur dan terus terang tentang apa sebenarnya? Jangan kau kata aku tak memahami, bila setiap kali aku bertanya kau lari dari berkata jujur!!
Buatkan supaya aku faham!
Buatkan supaya aku faham!
Aku mau tanya, aku tak jaga kau baik ke? Aku tak layan kau elok ke? Aku pergi menyundal dengan jantan lain ke, sampai tak peduli pada kau? Aku tak faham, apa lagi yang perlu aku buat untuk gembirakan hati kau? Apa lagi yang perlu aku buat untuk kau sedar yang kasih sayang tu bukan mainan? Kau ingat aku ni apa, anak patung? Yang boleh kau campak kesana kemari sesuka hati kau? Hah?!?!
Aku buat kau stress, aku buat kau kusut, ada kau pikir betapa aku kusut mengenang perangai kau? Apa kau ada peduli segala yang kau lakukan, buat aku menangis sendiri? Pernah kau mau kongsi apa masalah kau? Tak, kata kau aku takkan pernah boleh bantu kau. Kenapa? Hanya sebab aku perempuan, aku tak bekerja, aku tak mampu tolong kau? Bukak mata luas2, bantu bukan hanya dari segi duit, lelaki! Aku tau aku tak mampu beri kau duit, tapi aku tau aku mampu beri kau moral support! Tapi sayang, aku hanya tunggul dalam hatimu. Rendahnya aku pada pandangan matamu aku dapat rasakan sampai ke tulang. Tak pernah aku rasa sekelumit hormat pun dari dirimu untuk aku!
Aku dah penat! Aku lelah! Aku dah tak larat! Aku bosan dengan kau, perangai kau, sifat kau, sikap kau yang takkan pernah berubah. Wwalau bagaimana nasihatku, pujukku, kau takkan pernah mau berubah menjadi insan yang lebih baik! Aku dah puas berusaha, aku dah puas bersabar. Aku tak rasa aku mampu untuk bertahan lagi dengan kau. Lupakanlah semua memori kita, lupakan hajat arwah mak kau, lupakan yang aku pernah ada dalam hidup kau. Walau dalamnya cinta aku untuk kau, lupakan semua. Pergilah kau. Segala apa yang aku buat untuk kau, segala cinta yang aku bagi pada kau, semuanya sia2. Semuanya tak berguna. Kau tetap yang sama. Lupakanlah semua. Biar sampai sini saja perjalanan kita. Aku hilang kudrat untuk berusaha. Aku putus asa.
Aku putus asa...
Aku putus asa...
No comments:
Post a Comment