Saya bukan nak mengungkit, tapi ini yang saya rasa, dan saya tak boleh nak bagitau awak face-to-face sebab nanti awak melenting meletup sebab awak tak boleh terima. Saya dah tak boleh nak tahan lagi dengan perangai awak yang selalu lukakan hati saya. Hari2, saya jaga hati awak, saya elakkan daripada tinggi suara kat awak. Saya tak pernah maki awak. Saya cuba & cuba bersabar dengan kerenah awak, dengan baran awak, dengan mulut awak. Bila awak marah saya, awak tak cakap elok2, awak terus burst kat saya. Awak ada pernah tak, sekali pun terfikir yang hati saya selalu remuk sebab awak? Pernah tak? Pernah tak awak terfikir yang kata2 awak tu macam pisau, tajam sangat? Awak ada pernah terfikir tak?
Bila saya selalu pesan kat awak supaya selalu bersabar dengan orang, beradab dengan orang, awak kata saya berlagak mulia. WTF?? Selama awak dengan saya, memang itu je ke yang awak nampak kat saya? Berlagak mulia? Awak, kalau saya berlagak je mulia, saya takkan bertahan dengan awak sampai setahun lebih. Saya dah tinggal awak, takpun cari lelaki lain awal2 lagi dah. Saya betul2 tak boleh terima bila awak cakap macam tu. Lagi satu bila awak cakap macam tu, saya faham lah, maknanya awak tak suka merendah diri. Awak tak nak mengalah. Awak nak semua orang hormat awak.
Awak ego. Ego sangat2. Saya tanya awak, ego awak tu pernah bagi apa kelebihan kat awak? Dengan ego awak tu, awak dapat rumah besar ke? Dapat kereta besar ke? Awak bawak ego awak tu pergi kedai pajak, orang kedai tu nak ambik ke ego awak tu? Saya tanya awak, boleh ke ego awak tu bagi kebahagiaan kat awak? Saya dah cuba rendahkan ego awak, lembutkan hati awak supaya aawak jadi orang yang boleh bertoleransi. Tapi awak ingat saya nak buat awak tunduk kat saya. Awak ni bodoh ke apa? Tak reti nak tengok kelebihan rendahkan ego? Bukannya saya mintak awak buang semua ego awak tu. Saya nak awak rendahkan sikit je.
Sebabnya? Awak tanyalah siapa pun, tak ada perempuan yang suka lelaki ego. Sesama lelaki pun menyampah. Sebab ego ni setan. Awak sendiri tau, berapa banyak rumahtangga hancur sebab ego. Takkan awak tak faham2 lagi? Ego awak yang awak sayang sangat tu sebenarnya tak ada guna sikit pun. Kalau kita kahwin, dengan perangai awak yang awak tak nak ubah tu, tak mustahil satu hari nanti kita bercerai sebab ego kesayangan awak tu.
Awak panas baran. Sangat! Sifat ni pun tak guna satu sen pun. Untuk apa awak nak simpan baran awak tu kalau awak sendiri pun tau yang fungsi baran tu satu je - menghancurkan. Awak tau sangat2 pasal ni. Tapi tak, awak nak jugak simpan baran awak tu. Saya pun tak tau kenapa. Sebab saya yang paling dekat dengan awak, sayalah yang selalu jadi tempat awak nak lepaskan baran awak tu. Takkan awak nak lepaskan kat kawan2 kesayangan awak pulak kan? Saya tau. Memang saya yang selalu dapat habuan tu. Tapi, awak ada terfikir tak, kalau baran saya sama level dengan baran awak? Awak ada fikir tak berapa banyak saya kena sabar dengan baran awak tu?
Saya asyik nasihat, nasihat. Sampai saya sendiri pun dah tak larat nak nasihat awak supaya lose the temper! Awak macam tak faham bahasa melayu. Saya nak kena ukir kat otak awak tu ke, baru awak nak ingat? Dah berbuih mulut saya cakap, cakap dan cakap kat awak yang perangai baran awak tu tak bagi apa2 manfaat pun. Either kat awak, kat saya or kat mana2 hubungan. Boleh tak awak faham? Boleh tak awak jadi orang yang rasionalnya tinggi? Yang boleh kawal diri? Susah sangat ke nak buat? Sedangkan diri awak sendiri kot. Takkan diri awak nak kena orang lain yang kawal pulak?
Awak biadap. Panggillah apa pun; laser, mulut longkang, celupar, outspoken, blunt, rude.. Semua tu awak ada. Sebab awak buat semua tu. Mungkin awak tak perasan, tapi saya & orang2 kat sekeliling awak tau perangai awak tu. Tanyalah siapa pun, semua kawan2 awak cakap awak macam tu. Awak tak malu ke, orang cakap awak mulut celupar? Biadap? Awak tak rasa segan ke bila orang tengok awak macam tu? Saya malu. Saya malu bila orang datang kat saya kata BF saya mulut kurang ajar. Saya tak tau nak defend apa kat orang sebab memang awak macam tu. Awak rasa, dengan mulut awak tu, orang boleh hormat awak ke? Orang boleh pandang tinggi kat awak sebab mulut awak ke? Entah2 orang malas nak layan mulut awak tu, and orang dah tak kuasa nak tegur awak sebab awak memang tak makan nasihat.
Pujuklah, nasihatlah macam mana pun, awak tetap dengan mulut celupar awak. Awak ada terfikir tak, kalau perangai awak ni turun kat anak awak, dia pulak marah awak, tengking awak, perli awak, kurang ajar dengan awak? Awak ada terfikir tak pasal tu? Saya rasa tak. Sebab awak bangga sangat dengan mulut awak tu, dengan celupar awak tu. Akal awak letak kat mana? Kat tapak kasut awak ke?
Bila saya buat kat awak, pandai awak marah. kata saya kurang ajar la apa la. Tapi awak? Ada awak cermin diri awak tu, perangai macam mana? Kalau perangai awak tu elok sangat boleh la kalau awak nak marah saya. Tapi hakikatnya awak lagi teruk dari saya. Awak pernah kata, anak yang baik datang dari keluarga yang baik. Dari perangai awak, saya dah tau keluarga saya yang porak peranda lagi baik dari keluarga awak. Sebab saya tak tengking mak ayah saya macam mana awak buat kat mak bapak awak. Awak boleh sedar sikit tak, yang mulut lancang awak yang non-stop tu buat orang menyampah kat awak? Sesuka hati cakap orang tu bodoh, orang ni stupid, orang tu idiot..
Awak tu pandai sangat ke nak kata orang lain bodoh? Awak tau segala2nya ke nak kata orang lain tak pandai? Saya tanya awak, awak reti melukis ke? Awak tau bertukang ke? Awak reti menanam ke? Tak kan? So, sedarlah yang awak tak tau segala2nya. Ada bidang yang awak tak tau, melainkan awak belajar pasal bidang tu.
Awak nak orang hormat awak, awak nak orang takut kat awak. Awak ingat awak tu siapa? Tuhan? Malaikat? Awak nobody, tau ke? NOBODY. Kalau kat ofis awak, orang hormat awak sebab awak rajin, sebab awak senior.. Tak apa lah. Tapi kalau awak nak sampai semua orang untuk hormat awak, awak silap la. Bukan semua orang kerja satu ofis dengan awak, yang mana yang kerja kat situ rata2nya minah gedik, minah rempit, unggek2 je. Memanglah semua boleh hormat awak. Sebab diorang tengok awak berduit, sebab dengan kerja macam tu awak boleh pakai motor besar, kereta lagi.. Kan?
Jujur saya cakap, awak tak ada apa2. Bila awak nak saya takut kat awak jugak, memang saya tak boleh terima. Sebab awak bukan siapa2 untuk saya. Lainlah kalau awak tu suami saya. Ada sebab jugaklah kalau awak nak saya takut kat awak, sebab syurga kat bawah tapak kaki awak. Tapi saya tak rasa saya patut takut kat awak. Sebab awak tak ada apa2. Sebab kalau setakat sebab badan awak besar, duit awak banyak (banyak ke?), baran awak tinggi saya kena takut kat awak, awak silaplah. Yang ada kat saya untuk awak cuma hormat. Saya hormat awak sebab awak banyak pengalaman, awak banyak pengetahuan. Tapi bukan sebab duit awak. Duit saya pun boleh cari. Mana2 pun boleh jumpa duit. Tapi saya takkan hormat seseorang sebab duit dia. Mengarut!
Ingatlah Tuhan bila awak nak orang takut kat awak. Sebab bila2 masa je Tuhan boleh buat awak hilang upaya untuk berdiri gagah depan mata orang.
Awak selalu berlagak, menunjuk kat orang apa yang awak ada. Saya tak suka, sebab saya percaya kat sifat rendah diri. Awak ingat orang kisah sangat ke dengan apa yang awak ada? Orang tengok sekejap je orang suka, lepas tu bila orang dah tau apa yang awak ada, orang gunakan awak. Awak nampak tak kronologi tu? Saya dah lama perhati je perangai awak ni. Bila saya nasihat, awak kata saya bising, saya membebel. Yang sampai orang pecahkan bearing kereta awak tu? Tak gunakan awak namanya? Bila saya kata awak pendek akal, awak marah, tak boleh terima. Tapi itu hakikatnya. Awak tak nampak apa niat orang kat awak melalui perangai diorang. Awak nak saya buka cerita satu per satu ke pasal orang gunakan awak? Saya rasa awak sendiri tau pasal tu kot.
Awak sangat pentingkan diri. Sangat sangat sangat! Awak pentingkan masa awak, kawan2 awak, hartabenda awak, diri awak! Ada awak peduli kebajikan orang lain, ayah awak contohnya. Dari awak kecik dia besarkan awak, sampaikan awak pun dah jadi lagi besar dari dia, ada awak peduli kesihatan dia? Tak, awak buat bodoh je. Saya faham, awak anak tunggal, dah biasa hidup sendiri. Tapi itu bukan alasan awak untuk pentingkan diri sendiri. Bila awak kahwin, kepentingan awak jadi nombor 2, keluarga, anak2 yang patut diutamakan. Ini tidak, awak kata awak nak kahwin dengan saya tapi awak buat saya macam mana? Awak lagi sayang material daripada orang yang selalu jaga awak! Semua benda saya kena buat. Semua benda saya kena mengalah. Awak nak menang je selalu. tak pentingkan diri ke namanya tu? Bukak mata awak tu sikit. Dengan perangai awak yang macam ni, tak taulah siapa yang boleh tahan dengan awak. Kawan2 awak pun tak tahan dengan awak tau tak?
Awak, kalau awak nak saya kurangkan emo saya, saya boleh buat. Saya akan buang emo saya tu. Syaratnya? Awak buang la ego & baran & celupar awak tu. Awak sendiri tau, kalau tak ada apa2 yang buat saya kecik hati kat awak, saya takkan nak emo2 & merajuk. Takkanlah saya nak merajuk tak tentu pasal dengan awak tanpa sebab. Saya boleh kurangkan emo saya, kalau awak tak marah2 saya, blunt dengan saya. Kan saya dah bagitau awak dari dulu lagi, saya sensitif sangat2. So, of course-lah saya emo kalau apa yang awak cakap kata saya tu lukakan hati saya. Kalau awak tak buat perangai, tak baran, tak ego, tak celupar, nak buat apa saya nak emo2 dengan awak? Betul tak?
Awak, kalau awak nak saya kurangkan emo saya, saya boleh buat. Saya akan buang emo saya tu. Syaratnya? Awak buang la ego & baran & celupar awak tu. Awak sendiri tau, kalau tak ada apa2 yang buat saya kecik hati kat awak, saya takkan nak emo2 & merajuk. Takkanlah saya nak merajuk tak tentu pasal dengan awak tanpa sebab. Saya boleh kurangkan emo saya, kalau awak tak marah2 saya, blunt dengan saya. Kan saya dah bagitau awak dari dulu lagi, saya sensitif sangat2. So, of course-lah saya emo kalau apa yang awak cakap kata saya tu lukakan hati saya. Kalau awak tak buat perangai, tak baran, tak ego, tak celupar, nak buat apa saya nak emo2 dengan awak? Betul tak?
Kalau awak baca entri ni, saya harap awak tak marah. Saya harap awak dapat buka hati, buka minda, lapangkan dada awak luas2 dan terima. Saya nak awak sedar, yang semua tu tak elok untuk awak, especially untuk masa depan awak. Ini kebenaran. Awak nafikan macam mana pun, semua orang tau yang inilah awak. Bukannya saya nafikan kebaikan awak, tak. Saya tau banyak kebaikan awak sebenarnya, tapi sebab ego awak tu, sebab selfish awak tu, sebab awak nak orang hormat awak, takut kat awak, segala kebaikan awak, awak simpan. Kalau saya jadi awak lah, saya keluarkan semua kebaikan saya supaya orang tak takut kat saya, tapi orang sayang & hormat kat saya.
Saya sayang awak, sebab tu saya nak tengok awak berubah. Saya nak tengok satu2nya lelaki yang saya sayang boleh jadi seorang lelaki budiman, yang disayangi di dunia dan jugak di akhirat nanti. Awak, kalaulah awak boleh berubah, hidup awak akan lagi tambah2 bahagia & orang2 kat sekeliling awak sayangkan awak, hormat awak. Bukan sebab harta, tapi sebab awak; diri awak. Kalau saya masih kat sebelah awak masa tu, saya lah partner yang paling bangga, paling bahagia, dan sayalah orang yang paling hormat awak.
Awak tau tak, kalau kita kahwin, nanti kalau saya masuk syurga tapi awak kena masuk neraka, Allah akan kahwinkan saya lagi sekali dengan pari2 lelaki yang ada kat syurga tau? Mana2 isteri pun macam tu. Awak nak masuk neraka ke?
Awak, saya mintak maaf banyak2 kalau awak baca entri ni & awak sakit hati. Tapi ini je cara saya untuk luahkan apa yang saya rasa, apa yang saya nampak, apa yang saya tak puas hati. Dan ini lebih baik daripada saya cerita kat orang lain, & boleh jadi fitnah. Saya tau, awak pun tau, kalau saya cakap benda2 ni depan awak, saya takkan boleh habis sebab tak sampai separuh saya cakap awak akan potong & awak akan melenting2 marah. Sebab saya tau awak tak boleh terima. Saya sedih sangat bila awak buat macam tu. Seolah2 saya ni nobody untuk awak. Hina sangat ke saya kat mata awak? Sampai awak boleh buat sesuka hati awak kat saya? Kalau awak sayang, macam ni ke cara awak tunjukkan kasih sayang awak kat saya?
Awak belajarlah terima kebenaran, walaupun semua orang tau, kebenaran tu memang sangat2 menyakitkan. Belajarlah bersabar, merendah diri. Belajarlah mengaku kesilapan & maafkan kesilapan orang lain. Belajarlah handle kritikan dari orang lain. Belajarlah awak, masih belum terlambat untuk awak belajar sekarang. Jangan nanti bila dah nazak, nak mati baru awak nak belajar. Masa tu dah tak guna kalau awak nak menyesal ke apa ke. Sekarang ni lah awak, sementara masih ada lagi orang yang sayang kat awak, kawan2 ada kat sekeliling awak. Takkan lah bila dah tinggal sorang2 baru awak nak sedar? Masa tu orang dah tak nak kawan awak dah, orang dah tak nak sayang awak dah. Semua dah sibuk dengan hal masing2.
Berhenti sekejap. Fikir. Apa jenis masa depan yang awak nak.
Berhenti sekejap. Fikir. Apa jenis masa depan yang awak nak.
Again, saya mintak maaf kat awak sangat2 kalau awak baca entri ni. Saya sayang awak, sebab tu saya nak tengok awak berubah. Saya nak buktikan, yang awak boleh jadi lelaki budiman kat orang2 kat luar sana yang selalu perlekehkan awak, kutuk2 awak. Buktikanlah awak, yang awak ni lelaki sejati, a true gentleman yang sempurna & boleh bahagiakan orang yang sayang kat awak. Saya tau awak boleh, sebab awak kuat. Awak mampu. Jadilah lelaki budiman, B. InsyaAllah, banyak faedahnya.
No comments:
Post a Comment