Actng Mets

My photo
KL+UPM, Silver State., Malaysia
This is like my electronic diary. I write what I feel. I write when I'm sad, angry, upset. I whine, I mourn, I curse, I cry here. If you don't like it, or you just want to know how pathetic my life is and use it against me, DON'T read.

Wednesday, March 23, 2011

Awak

Awak, lepas kita gaduh dengan aman hari tu, lepas awak marah saya, lepas saya lawan cakap awak, lepas saya nangis2, lepas awak grip lengan saya (& awak cakap awak tak nak buat saya GF je tapi awak nak buat saya isteri awak & saya sangat terharu), saya nampak awak berubah. Saya tengok awak dah tak kasar2 sangat dengan saya. Awak cakap baik2, elok2 dengan saya even lepas saya buat salah. Awak dah tak jerkah2 saya mcam dulu. Mula2 saya tak perasan, tapi lama2 baru saya nampak perubahan kat awak bila kita dah berapa lama tak gaduh. Saya tengok awak pun dah faham bila saya tak suka apa yang awak buat kat saya & awak apologise. Saya pun dah boleh keraskan hati saya sikit, tak emo sangat bila awak tegur saya, sebab saya tau kadang2 awak tak bermaksud pun nak berkasar dengan saya. Takpe, saya cuba faham situasi awak.

Terima kasih, awak. Dengan perubahan awak ni, saya rasa bahagia sangat, awak. Saya perasan, lepas malam tu, kita dah tak ada gaduh2 dah pasal benda2 kecik yang jadi. Saya tengok awak dah semakin tenang, kecuali masa awak bangun tidur. Hehe. Yang tu saya tak kisahlah, kadang2 saya pun moody bila baru bangun tidur.

Awak, saya harap kita dapat teruskan hubungan yang harmoni macam ni sampai bila2. Saya harap perubahan positif yang ada kat hubungan kita ni berkekalan. Saya bersyukur sangat, awak. Saya tau, awak banyak bersabar dengan perangai saya. Percayalah, saya pun banyak bersabar dengan kerenah awak. Tapi buat masa ni, walaupun tak keseluruhan, saya nampak perubahan dalam hubungan kita. Terima kasih sangat2 awak. Awak betul2 buat saya happy.

Awak sentiasa ada kat sebelah saya. Mana2 awak pergi, kalau saya nak ikut, awak bawak saya. Saya happy, awak. Walaupun kadang2 saya rasa awak macam dingin dengan saya, dan saya tau awak fikirkan masalah awak sangat, tapi saya tak kisah, asalkan awak ada dengan saya. kat sebelah saya. Saya tau awak selamat.

Terima kasih, awak. Saya betul2 hargai perubahan positif dalam diri awak, saya dan hubungan kita. Sekarang saya dapat rasa nikmat lepas setahun lebih saya bersabar. Terima kasih, awak. Terima kasih sangat2. Saya sayang awak.

No comments:

Post a Comment