Actng Mets

My photo
KL+UPM, Silver State., Malaysia
This is like my electronic diary. I write what I feel. I write when I'm sad, angry, upset. I whine, I mourn, I curse, I cry here. If you don't like it, or you just want to know how pathetic my life is and use it against me, DON'T read.

Thursday, August 30, 2012

Rabu malam Khamis

Lepas lepak, balik, tengok ada love letter kat atas laptop. Ayat2 indah yang ditulis. Yang paling terkesan kat hati aku - pengotor tak ada tempat dalam rumah ni. Tolong faham!. Semua ditulis dalam huruf besar. Aku fikir sendiri. Agak2 orang lain ada kena macam ni tak dengan family diorang?

Frust. Memang frust sangat. Dah la pagi2 kena halau macam kucing kurap, just because aku lepak tidur kat hall rumah. Macam aku ni tak ada value. Macam aku ni tenant yang menyewa kat rumah ni. Cuma ada ada space kat bilik yang aku bayar. Tapi bukan untuk rumah ni.

Aku pernah terbaca kat FB; Mums always say that the house belongs to them. But when it comes to cleaning, the house magically becomes mine too. Betul jugak statement ni. Aku setuju.

Balik, ingat boleh terus sambung kerja yang tertangguh, tapi mood terus spoiled sebab surat cinta yang teramat2 indah yang aku dapat. Tak sangka, sebab mug 2 bijik, mangkuk sebijik kat dapur, boleh jadi camni. Padahal sinki kat dapur dah clear pun, monster tolong siang tadi. Sikit pun tak grateful, even rumah tak kemas habis. Bagi aku better daripada macam tongkang pecah.

Dalam aku nak repair mood untuk sambung kerja, monster suruh aku tolong dia kemas rumah. Kata dia, kita kemas rumah ni cantik2. Biar dia tengok esok rumah ni kemas. OK lah, aku kemas. Tapi dalam dok kemas2 tu aku tak puas hati sebenarnya. Dalam dok kemas2 tu mulut aku tek berenti mengomel.

Memang, banyak benda yang aku tak puas hati. Pasal rumah, behaviour, attitude.. Even pasal cara dia layan adik. Irritating. Rumah nak kemas, tapi nak orang yang kemas. Adik pulak tiap2 pagi kena marah sebab lambat nak pergi sekolah. Padahal boleh je bangun 10-15minit awal sikit. Ada la masa nak tengok itu ini. Tapi tak, selagi jam tu tak pukul 7, adik takkan turun siap.

Kesian aku tengok adik, pagi2 mamai2 baru bangun tidur dah kena marah camtu. Baru darjah 1, kena macam tu. Diajar bangun ngam2 time nak pergi sekolah, lepas tu kena tempik2. Every single day. Bila budak tu melawan, dikata budak tu biadap la, tak cukup ajar la apa la. Padahal budak tu tiap2 pagi tension kena tempik.

Aku rasa, apa yang arwah bapak aku ajar banyak buat aku sabar. Walaupun tak berapa sangat pun la. Kalau tak, dah lama aku blah. Balik kadang2 je. Semak otak! And, bila jadi macam malam ni, aku teringat one of the reasons why I left the house to live outside.

***

Tapi bila aku ngomel2 ngadu kat monster, lain pulak jadinya. Tiba2 timbul pasal rumah kawan dia. Dafuq? Aku bukan tak bagi langsung dia nak tolong2 kat rumah kawan dia, tapi aku tak suka cara bini kawan dia tu layan dia. Macam semua orang dia nak buat khadam. Yang dia tu, duduk mengadap TV, tak habis2 hisap rokok. Lepas sebatang, sebatang. Sampai laki sendiri terkejut kenapa rokok cepat sangat habis. Padahal bini pregnant. Biar je bini. Biar..

Aku kadang2 rasa macam aku ni asking too much pun ada. Tapi bagi aku, biar buat lambat sikit tak apa, janji buat. Yang paling aku suka, buat sama2. Biar la kerja tu sikit pun, buat sama2. Entah la, maybe itu aku. Maybe seetengah orang suka buat kerja sendiri2. Sesetengah orang pulak suka orang lain buatkan untuk dia. Even aku pun sometimes camtu. Tapi janganlah all the time. Dengan family sendiri pulak tu. Aku rasa macam tak berapa betul je. Dok kata family first la apa la, tapi family dikhadam2kan. Tah pape tah.

Paling aku tak suka bila orang lepas marah. Paling aku pantang. Penat ke, marah kat orang lain ke apa ke, kalau balik lepas kat family memang aku marah. Nyamuk gigit, pi mengamuk kat perhimpunan balairaya. Macam tu la gaya dia. Menyampah!

Tadi monster suruh tanya, adik aku yg sorang lagi tu dah makan ke belum? Tanya2 tengok, dia belum makan lagi. Aku tanya, tak ada orang tanya dia dah makan ke belum ke? Dia kata tak.

Surat cinta kemain lagi. Cakap macam2. Ahli keluarga sendiri yang baru nak sihat dari food poisoning tu tak tanya sikit pun makan dia cukup ke tak. Nampak sangat pinggan mangkuk 2-3 bijik dalam sinki tu lagi penting dari perut anak, lagi penting daripada kesihatan anak. Tak fikir.

Semalam pun sama. Balik kerja, lepak makan kat luar, balik memekak, lepas tu naik bilik terus senyap sunyi. Tidur. Tak ada sikit pun nak tanya; hari ni makan apa? Malam dah makan ke belum? Takkk... Dok bising pasal rumah bersepah, pinggan mangkuk dalam sinki tak ada sapa nak cuci, rumah tak ada maid la apa la...

Sinki kosong & hall kemas tu lagi penting. Sinki & hall tu boleh jadi ubat ke kalau anak sakit gastrik?

Buah jambu tiga serangkai, bak kata arwah Pak Lang.

No comments:

Post a Comment