Actng Mets

My photo
KL+UPM, Silver State., Malaysia
This is like my electronic diary. I write what I feel. I write when I'm sad, angry, upset. I whine, I mourn, I curse, I cry here. If you don't like it, or you just want to know how pathetic my life is and use it against me, DON'T read.

Tuesday, July 5, 2011

Untuk Aku Lupa

Aku tanam dalam hati untuk lupakan kamu. Aku tau silapnya aku. Aku kau takkan pernah mahu maafkan lagi aku. Tapi walau hati bercalar seribu, aku masih mau. Tapi apalah ada dayaku. Aku hanya mampu berlalu.

Sebab bila aku datang untuk cuba lagi, kau bukan terima tapi kau tolak aku bagai manusia tak punya harga.

Aku kecewa, sebab pernah kutanya pada kamu dulu; aku atau egomu. Kata kau, aku jadi pilihan.

Tapi, malam itu kau pilih egomu. Kau pilih temanmu. Kata kau, aku tak punya tempat dalam keutamaanmu. Aku tau, kau tau, aku luka mendengarkan itu.

Sekarang, saban hari aku berdepan kamu. Setiap kali itu jantung aku bergendang laju. Bayangmu buat aku tak menentu. Pandanganmu aku tak bisa temu.

Tak dapat kutelah apa dihatimu. Apakah kau rindu? Apakah kau benci melihatkan aku? Apakah kau ingin aku dalam dakapanmu? Aku tak tahu.

Aku. Aku rindu.


Sungguh, aku ingin cuba lagi. Baiki setiap kekurangan dalam jalinan hubungan kita. Tapi untuk apa, andai kau menolak. Aku tak mampu buat apa2. Bila kau tak mau, aku hanya mampu berundur. Hanya mampu kucumbu bayangmu dalam hati rindu.

Aku tak punya cara untuk melupaimu.

No comments:

Post a Comment