Actng Mets

My photo
KL+UPM, Silver State., Malaysia
This is like my electronic diary. I write what I feel. I write when I'm sad, angry, upset. I whine, I mourn, I curse, I cry here. If you don't like it, or you just want to know how pathetic my life is and use it against me, DON'T read.

Sunday, October 25, 2009

Why Oh Why...

It has been 3 months and nearly two weeks and I'm feeling like hell. Mum is not approving him hanya sebab dia tak ada degree dalam tangan dia. And that her current boyfriend is so much of a wealthy person. Kaya lah sangat. I hate it when she brings him up on every event that happens. No matter what, and by that I meant no matter what event. She always said; kau tu baru je kenal dia, kau tu baru je berapa bulan dengan dia.. I hate it when she says that.

True, I've only been with him for a short period of time. But that doesn't mean she can blame him on everything! No matter directly or indirectly! I hate this situation where, her boyfriend is staying in this house for over a week now, but she won't let me out to see my boyfriend! What is that? How can that be fair to me?!

Absolutely not fair!!

Dah ramai yang cakap dengan aku perangai macam si ketam yang nak ajar anak berjalan lurus, tapi diri sendiri berjalan senget. Dah ramai sangat. Tapi diri sendiri tak sedar-sedar lagi. Masih jugak nak teruskan life yang tah pape dengan boyfriend yang dia claim bagus sangat tu.

Belajar Tarikat lah, ape lah..

Kalau setakat nak makan je boleh mengaji, boleh baca ayat-ayat suci, tapi solat lima waktu tak buat, even solat Jumaat pun tak pergi, pastu dok melepak kat rumah ni macam dia punya rumah and then nak ajar aku disiplin sedangkan dia dok tidur dengan mak aku, baik tak payah la nak canang-canangkan kat orang yang dia tu a good Muslim ke apa ke.

Tak payah.

Memang ada some good qualities in him, especially bila dia dok tolong mak aku kemas rumah la apa la.. of course dia suka ada orang tolong buat kerja2 dia. Tak payah di suruh2 pun rumah+ laman orang tua tu dia dah tolong kemaskan. Tapi tak payah la tunjuk bagus dia tu kat depan orang. Mentang2lah dah hidup lama, apa je yang orang muda2 ni buat semua dia nak kondem. Even depan bapak sedara aku pun dia nak tunjuk bagus. Apa punya orang la dia ni.

Tak paham aku.
Serius tak paham.

Dah tu, bila aku cakap boyfriend aku tu bukan orang senang, bukan banyak duit, bukan berpelajaran tinggi, dua2 dok cucuk aku slowly, cakap itu lah, ini lah, bagi mesej+hint nak aku tinggalkan boyfriend aku yang sorang tu.

Apakejadah??

Aku yang pilih dia, aku suka dia, and the most important thing is, I love him! Bagi aku, itu yang penting. Pasal dia tak ada degree ke apa ke, itu belakang kira. Sebabnya, aku tau duit boleh cari kat mana2. Tapi cinta+kasih sayang aku tak boleh jumpa kat tepi longkang macam mana aku jumpa duit.

And then, dengan dia ni, after a couple of months together barulah aku dapat rasa dia tunjuk yang dia sayang kat aku. Takkan aku nak lepaskan dia macam tu je? Aku takkan semudah tu nak lepaskan dia lepas semua usaha yang aku dah bagi untuk dapatkan hati dia. Takkan sekali-kali aku buat macam tu. Aku tak nak lukakan dia, and at the same time I don't want to be hurt myself. And I definitely don't want to be like my former and his other former partners.

Back to the issue.

Apa yang aku boleh buat, itupun selagi aku boleh buat sekarang ni; tak tau lah tahan sampai bila, sabar je. Sabar, sabar dan sabar. Tu je lah. Aku tau, setiap kali aku bukak pasal salah+silap dia, mau tak mau dia tetap pusing balik kat salah aku. Ada je yang dia nak korek sampai ada jugak salah aku no matter what. So, in the end, daripada aku dok bergaduh+bertekak dengan dia and cari salah each other, lebih baik aku diam je. Lagi banyak aku diam, lagi kurang aku bertegang urat. Biar la hati sakit macam mana pun, selagi aku diam selagi tu aku tak porak perandakan this so-called a happy family of mine.

Tapi diam tak bererti kalah.

Saturday, October 3, 2009

Feeling Like A Trash

Dah lama aku cuba gapai hati, kasih sayang, perhatian daripada mamat sekor ni. Aku sampai dah tak tau nak buat apa dengan dia. Bila tanya, dia pandai mengaku kata sayang, kalau tak sayang takde lah dia nak jumpa aku hari2 kata dia. Bila bergaduh, pandai pulak dia nak pujuk, sayang la, rindu la apa la. Tapi, lepas satu, satu dia lukakan hati aku. lepas satu, satu aku sedih dengan apa yang dia buat. Sayang apa macam tu?

Serius, aku tak paham dengan perangai dia.

Sekarang, dah nak masuk 3 bulan aku dengan dia. Aku tak mau benda ni habis macam tu je. Aku nak bina life dengan dia. Aku nak bahagia dengan dia. Tapi, dah lama macam ni aku tak dapat rasa dia betul2 sayang kat aku. Aku rasa macam dia main2 je dengan aku, bukan betul2 serius nak commit dalam relation ni. Aku dah nak naik buntu dengan semua ni.

Aku mengaku, dia bukan apa yang aku nak. Dia bukan orang senang, dia bukan bijak pandai, nak kata romantik apatah lagi. Tak payah aku nak mula, dia yang spoil mood awal2. Dia pun bukan baik hati sangat nak pujuk2 aku bila aku marah ke, merajuk dengan dia ke..(walaupun memang aku nak sangat tengok macam mana dia pujuk aku.huhu.) Dia pun bukan a perfect gentleman yang pompuan2 kat luar sana nak sangat (memang tak gentle pun). Aku nampak banyak flaw dia yang tak kena dengan kehendak aku kat seorang lelaki.

Tapi lepas 2 bulan lebih aku dengan dia, walaupun dia pendiam+perahsia tahap gaban, susah nak bawak berbincang, mudah terasa even aku bergurau dengan dia, tak peduli sangat dengan perasaan aku (memang tak peduli), tak habis2 dengan chill dia tu, buat aku tak keruan+tak dapat baca perasaan dia. Pastu bila aku buat silap ke apa ke, tak dapat agak dia ada masalah ke apa ke, mula nak marah aku pulak. Sakit je hati aku.

Tapi macam mana pun dia, aku tau dia tu apa yang aku perlukan dalam life aku yang caca-marba ni. Aku perlukan dia untuk advice2 yang aku takkan terfikir langsung - solutions yang ridiculous tapi possible. Dia ada kelembutan dalam sentuhan dia yang aku perlu dan tak pernah dapat dari sapa2 . Dia selalu sedarkan aku betapa kadang2 aku silap, kadang2 aku fikir terlalu negatif (even dia pun kadang2 negatif.huhu). Aku perlu dia untuk stay waras dalam nak teruskan hidup aku (sebab kadang2 aku rasa macam nak pergi mati je).

Cuma, yang aku ralat dalam relationship ni, aku rasa dia layan aku macam bukan sapa2 dalam life dia. Bukan orang yang dia sayang, tatang, jaga, cinta. Aku selalu tertanya2 sendiri, dia sayang aku? Dia cinta aku? Dia nak aku dalam hidup dia?

Aku tertanya2 sendiri. Tak ada jawapan yang dapat aku cari.

Soalan yang paling kerap datang dalam kepala aku - kenapa. Kenapa dia buat aku macam ni? kenapa dia buat aku macam sampah? Kenapa kalau dia kat dia sayang, kenapa dia keep on lukakan hati aku? Kenapa buat aku kejar2 dia? Kenapa buat aku menangis sebab dia?

Kenapa?

Aku ni apa untuk dia? Bukan couple dia? Bukan aku yang sepatutnya dia jaga hati, jaga diri, ambik berat, ambik tau apa aku buat, aku kat mana, dengan sapa.. Apa yang aku nampak - dia memang tak ada nak pedulikan aku. Dalam gaung ke, atas gunung ke, hidup ke mati ke.. Memang tak ada..

Aku fikir, dengan ada dia dalam life aku, takkan ada airmata tumpah lagi sebab lelaki. Tapi rasa macam makin banyak aku menangis pun ada. Lepas satu, satu benda dia buat yang kecewakan aku, sakitkan hati aku. Aku tak tau sampai bila aku boleh bertahan dengan perangai dia yang macam2 ni. Apa yang aku boleh buat dan tengah buat sekarang ni - sabar selagi aku boleh sabar, bertahan selagi aku boleh bertahan.

Aku tak nak dia kecewa dengan pompuan lagi. Cukuplah apa yang dia pernah rasa dengan pompuan2 dia dulu. Tapi yang paling aku risau nanti bila aku dah muak dengan semua ni dia baru nak tunjuk apa tu kasih sayang sebenarnya. By the time aku dah tawar hati, dah tak ada hati, semua tu dah sangat2 terlambat.

::p/s:: Putra hati, if u baca, please do something.